TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Khamis, 4 Februari 2021

Shuttle Speed


Shuttle Speed akan menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan menggunakan shutter speed yang berlainan bagi mengenali pengaruh shutter speed terhadap hasil gambar. Tripod kamera juga digunakan bagi mengelakkan getaran kamera.


Speed     : 1/10 sec
ISO          : 100
Aperture : f/5.6


Speed     : 1/20 sec
ISO          : 160
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/30 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/45 sec
ISO         : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/60 sec
ISO          : 400
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/90 sec
ISO          : 500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/125 sec
ISO          : 640
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/250 sec
ISO          : 800
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/1000 sec
ISO          : 2500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/2000 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/5.6

Apresiasi :
Dengan Shutter Speed yang rendah (1/125 ke bawah), gambar yang dihasilkan kelihatan lebih terang walaupun dengan ISO yang rendah. Pergerakan air juga kelihatan mengalir dengan sangat cepat sehingga bentuknya kelihatan lembut dan halus. Sebaliknya, gambar yang dihasilkan dengan Shutter Speed yang tinggi (1/250 sec ke atas) kelihatan lebih gelap walaupun ISO yang tinggi disesuaikan. Di samping, pergerakan air kelihatan seperti membeku dimana bentuk aliran air dapat dilihat dengan jelas.
 
Lokasi     :  Halaman rumah
Cuaca      :  Cuaca yang panas terik pada siang hari 9:30am
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Ya
Tarikh     :  4/2/2021


Rabu, 3 Februari 2021

International Standard Organisation (ISO)


ISO merupakan kadar sensitiviti kamera digital pada cahaya. Gambar dengan ISO yang berlainan telah diambil pada siang hari berdekatan dengan tingkap tanpa tripod. Hasil gambar adalah seperti berikut.

ISO 160

ISO 320

ISO 640

ISO 1250

ISO 2500

ISO 5000

ISO 10000

Apresiasi :
Dengan ISO yang rendah, gambar yang dihasilkan kelihatan gelap kerana sensor kamera kurang peka dengan cahaya. Sebaliknya, gambar yang dihasilkan kelihatan terang dengan ISO yang tinggi kerana sensor kamera peka dengan cahaya. Justeru, ISO yang rendah lebih sesuai untuk mengambil gambar untuk outdoor yang lebih terang manakala ISO yang tinggi sesuai untuk gambar indoor. Namun, jurugambar hendaklah mencari keseimbangan ISO ketika pengambilan gambar kerana ISO yang terlalu rendah akan menyebabkan gambar underexposure manakala ISO yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar overexposure.
 
Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Cuaca panas terik pada siang hari 10:00am
Kamera   :  Nikon D5600
Aperture :  f/4.8
Speed      :  1/125 sec
Lensa      :  18mm-55mm
Tarikh     :  3/2/2021

Aperture


Aperture adalah bukaan diafragma pada lensa kamera. Ia berperanan untuk membawa cahaya sampai ke sensor kamera. Dengan ini, gambar telah diambil terhadap makanan dengan aperture yang berlainan bagi mengenali aperture terhadap hasil gambar dengan lebih mendalam.

 

Aperture : f/4.2

Bukaan lubang aperture yang besar. Maka, gambar kelihatan terang tetapi tidak overexposure. Latar gambar juga kelihatan sangat kabur dan menyebabkan objek di hadapan menjadi fokus utama.

Aperture : f/5.6

Bukaan aperture yang kecil daripada f/4.2 dimana gambar kelihatan terang. Di samping, latar gambar kelihatan sedikit kabur dan fokus kepada objek di hadapan dimana dapat lihat bentuk objek latar dengan jelas. 

Aperture : f/11

Bukaan aperture yang kecil daripada f/4.2 dan f/5.6. Maka, gambar kelihatan kurang terang. Namun, latar gambar kelihatan jelas dimana dapat mengenal pasti objek latar dengan betul.

Aperture : f/27

Bukaan aperture yang kecil daripada gambar di atas. Maka, gambar kelihatan sangat gelap seperti underexposure. Namun, latar gambar kelihatan sangat jelas dimana dapat mengenal pasti objek latar dengan tepat.


Lokasi : Dapur rumah
Cuaca : Cuaca panas terik pada tengahari 12:00pm
Kamera : Nikon D5600
Speed : 1/12 sec
ISO : 500
Lensa : 18mm-55mm
Tarikh : 2/2/2021