TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Teknik Memfokus

Rajah 1.0 Contoh Viewfinder dimana bulatan tengah ialah untuk menfokus subjek.

Fokus adalah bahagian yang mengatur jarak ketajaman lensa sehingga menghasilkan gambar yang tidak kabur. Justeru, jurufoto perlu 'lock' subjek dahulu bagi mengelakkan 'out of fokus'.

Jarak Fokus (Focal Length)

  • Merupakan jarak di antara elemen lensa dengan permukaan filem atau sensor digital pada kamera.
  • Lensa dengan jarak fokus yang tinggi akan seperti 70mm memberikan sudut pandangan yang sempit sehingga objek pada jarak jauh kelihatan lebih besar di dalam foto.
  • Lensa dengan jarak fokus yang rendah seperti 18mm akan memberikan sudut pandangan yang luas sehingga objek kelihatan lebih kecil di dalam foto.


Medan Fokus (Depth Of Field)

  • Kawasan ketajaman (sharpness area) gambar dari hadapan hingga belakang (latar).
  • Subjek yang difokus mahupun di bahagian hadapan dan latar juga boleh menjadi tajam.
  • Great Depth of Field (latar belakang jelas) adalah ketajaman subjek dari bahagian hadapan hingga latar subjek yang difokus.
  • Narrow Depth of Field (latar belakang kabur) adalah ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan latar subjek yang difokus.


Teknik Memfokus (Focusing Techniques)

  • Bidang fokus adalah kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa difokuskan kepada sesuatu objek.

  • Apabila lensa difokuskan kepada sesuatu subjek, kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan 2/3 di bahagian belakang subjek akan kelihatan jelas.

  • Teknik half press akan menentukan fokus sesuatu subjek secara automatik :
    • Lihat viewfinder & lock subjek dengan menekan separuh butang pengatup (shutter) atau butang mengambil gambar.
        • Apabila butang pengatup (shutter) ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau frekuansi tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.
    • Tahan dulu sementara mencari komposisi yang sesuai.
        • Kamera akan memproses masa yang diperlukan untuk isyarat tersebut pantul balik kepada kamera.
        • Isyarat yang dipantul balik akan diterjemahkan menjadi jarak sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus lensa akan diubah secara automatik.
    • Tanpa mengangkat lagi jari, tekan sepenuhnya butang pengatup (shutter) sepenuhnya untuk mengambil gambar.


Faktor Yang Mempengaruhi Fokus

  • Aperture

      • Alat bukaan lensa iaitu satu lubang kecil di hadapan badan kamera pada lensa bagi mengawal kadar cahaya masuk ke dalam kamera.
      • Aperture semakin kecil, medan fokus semakin besar / latar belakang semakin jelas.

  • Focusing Distance

      • Jarak antara kamera dengan subjek.
      • Focusing distance semakin bertambah, medan fokus semakin besar  / latar belakang semakin jelas.

0 ulasan:

Catat Ulasan