Sejarah Perkembangan
Rajah 1.0 Ringkasan sejarah perkembangan fotografi. |
Kamera diperlukan apabila pelukis sukar melukis potret sekitar abad ke 17. Penemuan kamera adalah melalui Ibnu Al Haytham (pedagang Arab) apabila beliau menyaksikan gambar unta terbalik di dalam khemah melalui sebuah lubang kecil.
Pada Tahun 1021
Penemuan kamera Obscura (pembentukan citra pada sebuah ruang gelap) dalam binaan kotak yang boleh dibawa ke mana-mana.
Prinsip Kamera Obscura |
Kamera Obscura dengan lens |
Pada Tahun 1827
Joseph Nicéphore Niépce mencipta proses 'heliografi' iaitu merakamkan pemandangan luar bilik dengan mendedahkan kepingan pewter yang disadurkan bitumen pada cahaya matahari selama lapan jam melalui kamera Obscura.
Imej fotografi pertama dihasilkan oleh Joseph Nicephore Niepce. |
Pada Tahun 1839
Louis-Jacques-Mandé Daguerre memperkenalkan proses 'daguerreotype' bagi membangunkan imej berkontras tinggi dan lebih jelas dengan pendedahan cahaya matahari selama 30 minit. Kemudian, ditambahbaikan kepada kamera plat logam.
Kamera yang mengaplikasikan teknik dagguerreotype. |
Foto Daguerre yang diambil melalui proses 'daguerreotype'. |
Pada Tahun 1840
William Henry Fox Talbot menghasilkan fotograf pada kertas yang dikenali sebagai 'calotype' atau 'talbotype' melalui dua proses. Antaranya adalah cetakan negatif dengan menterbalikkan hitam jadi putih dan putih jadi hitam.
Perbandingan antara 'dagguerreotype' (kiri) dan 'calotype' (kanan). |
Pada Tahun 1879
Penciptaan kepingan kering gelatin mencetuskan proses penghasilan fotograf yang lebih cepat dan berkualiti iaitu 'Collodion dry plate'. Ini mendorong penciptaan kamera yang lebih kecil, mudah alih, tempoh pendedahan yang pendek tanpa menggunakan tripod.
Gambar kandid yang menjadi trend. |
Pada Tahun 1888
George Eastman mengubahsuaikan kamera Obscura untuk menghasilkan kamera tangan seperti kamera Kodak yang bersaiz lebih kecil dan menggunakan filem.
Kamera Kodak daripada National Museum of American History. |
Pada Tahun 1900
George Eastman memperkenalkan kamera Brownie dan memungkinkan setiap orang memiliki kamera secara murah dan memotret dengan mudah. Kamera Mammott dengan filem sebesar 4 1/2 x 8 kaki dan memerlukan 15 orang untuk mengangkatkannya juga diperkenalkan.
Kamera Mammott yang seberat 1400 pound. |
Pada Tahun 1905
Kebanyakan syarikat menggunakan filem 35mm untuk fotografi pegun. Pabrik Leica di Jerman mengeluarkan kamera 35mm pertama pada tahun 1925.
Kamera Tourist Multiple dengan filem 35mm yang pertama oleh Herbert & Huesgen pada tahun 1913. |
Pada Tahun 1907 - 1913
Auguste dan Louis Lumiere memperkenalkan filem berwarna yang pertama.
Pada Tahun 1950
Kamera Single Lens Reflexs (SLR) dan Twin Lens Reflex (TLR) diperkenalkan.
Kamera SLR menggunakan satu filem. |
Kamera TLR menggunakan dua filem. |
Pada Tahun 2000
Pengenalan Kamera Digital Single Lens Reflexs (DSLR) yang menggunakan kad memori tetapi kurang digemari oleh orang ramai terutamanya kalangan profesional kerana kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional dan masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak.
Kamera DSLR pertama yang diperkenalkan oleh Minolta pada tahun 1995. |
Kamera digital jenis kompak yang berjenama Nikon. |
Pada Awal Abad 21
Penggunaan film elektronik / kamera digital.
0 ulasan:
Catat Ulasan