TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Penggunaan & Pengendalian Kamera

Larangan

  • Meninggalkan kamera dalam kereta untuk masa yang panjang bagi mengelakkan suhu panas yang melampau.
  • Biarkan kamera tanpa perlindungan daripada hujan, panas dan suhu sejuk yang melampau. Guna 'rain coat' atau payung yang besar apabila hujan.
  • Halakan lensa kamera ke arah cahaya matahari yang terang kerana haba yang dijana oleh cahaya matahari pada CCD akan merosakkannya. 
  • Halakan kanta pembesar dalam viewfinder yang menyerap cahaya ke arah cahaya matahari yang terang kerana akan menjana haba yang boleh merosakkan sistem elektronik dalam viewfinder.
  • Tinggalkan bateri kamera bawah cahaya matahari atau menjatuhkannya kerana bahagian dalam bateri amat sensitif kepada haba dan gegaran.
  • Meletakkan kamera di tempat kelembapan bagi mengelakkan kerosakan dan ketumbuhan fungus pada kamera.

Teknik Pengendalian Kamera

  • Badan Kamera

    • Pasangkan LCD screen protector.

    • Memegang kamera dengan mantap bagi mengelakkan kamera terjatuh dan gambar kabur:
      • Memakai shoulder / neck strap.
      • Berdiri dengan kaki terbuka selebar bahu dan satu kaki ke hadapan sedikit. Rapatkan siku ke badan semasa meletakan kamera di mata. Tarik nafas, tahan dan lepaskan shutter mengunakan bahagian 'perut' hujung jari telunjuk.
      • Meletakkan tapak tangan di bawah kamera sementara tangan satu lagi memegang kamera sambil menekan butang rakaman untuk kamera kecil.
      • Meletakkan kamera yang berat di bahu kanan sementara tangan kiri mengawal pelbagai suis pada kamera.
         

    • Tutup lensa kamera dengan body cap bagi mengelakkan habuk masuk dalam kamera dan mengotorkan mirror serta viewfinder.

    • Penukaran lensa seperti berikut bagi mengelakan kemasukan habuk, serangga etc.:
      • Hanya tukar jika perlu.
      • Elakkan penukaran di tempat yang berhabuk / berangin (membelakangi angin).
      • Matikan suis kamera sebelum dan semasa penukaran.
      • Hala kamera ke bawah seperti ingin mengambil gambar kaki semasa penukaran.
      • Tukar dengan pantas dan cermat.

    • Letakkan kamera dalam beg yang penuh dengan silica gel bagi menyerap kelembapan dan mengelakkan kerosakan kamera.

    • Bersihkan kamera jika berhabuk dan lembab.

    • Tutup suis kamera selepas rakaman.

  • Lensa

    • Memasang front cap (kiri) & rear cap (kanan) apabila tidak menggunakannya unutk mengelakkan lensa kotor atau berhabuk.

    • Memasang UV / Clear Filter untuk melindungi front element pada lensa (lebih mudah & murah untuk ditukar jika retak).

    • Memasang lens hood untuk mengelakkan kemasukan cahaya secara langsung dalam kamera dan mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pada elemen hadapan lensa.

  • Bateri

    • Keluarkan bateri daripada kamera sekiranya tidak menggunakan kamera dalam tempoh yang lama.

    • Elakkan untuk menggunakan bateri dalam keadaan yang sangat panas atau sejuk.

    • Simpan bateri di tempat yang kering dengan suhu yang sederhana seperti suhu badan.

    • Charge kembali semua bateri yang habis tenaga untuk rakaman akan datang.

    • Tidak off-on kamera dengan kerap sebelum mengambil gambar yang seterusnya.

  • Memori Kad

    • Sentiasa back up gambar ke dalam komputer jika ada kesempatan bagi mengelakkan keciciran gambar.

    • Sentiasa format (proses pembersihan) selepas transfer gambar.

    • Elakkan keluarkan memori kad semasa transfer gambar ke dalam komputer (menggunakan teknik Safely Remove Hardware).

    • Jangan sentuh bahagian cip atau mendedahkan bahagian tersebut pada kelembapan, minyak dan sebagainya bagi mengelakkan kerosakan pada circuit kad.

    • Menukar memori kad yang lain sekiranya memori kad sudah hampir penuh bagi mengelakkan kerosakannya.

    • Keluarkan memori kad dan simpan dalam bekas plastik pada suhu yang sederhana jika tidak digunakan.

    • Tutup suis kamera sebelum mengeluarkan memori kad bagi mengelakkan kejutan elektrik minor.

  • Digital Sensor (CCD / CMOS)

    • Kurangkan penggunaan Live View bagi mengelakkan sensor kamera terlalu panas sehingga berlakunya kejutan elektrik minor (menggunakan filem untuk long exposure).

    • Tidak menghadap kamera pada cahaya matahari secara terus untuk mengambil gambar kerana akan menyebabkan sensor kurang sensitif, kurang kontras dan sebagainya (menggunakan filter).

Teknik Pengambilan Gambar

  • Memeriksa peralatan seperti tripod dan membuat cubaan sebelum rakaman.

  • Memahami had dan keupayaan kamera bagi mengelakkan 'parallel error'.

  • Memberi perhatian kepada arah kedudukan matahari bagi mengelakkan kamera menghadap pada cahaya matahari.

  • Memberikan ruang yang lebih luas mengikut hala tuju, arah gerakan dan tumpuan pandangan subjek ketika mengambil gambar.

  • Mengenal pasti sudut pandangan ketika mengambil gambar:
    • Sudut pandangan mata seperti duduk, meniarap, mendongak etc.
    • Sudut kamera seperti lensa yang pelbagai.

  • Mengenal pasti bingkai gambar:
    • Format menegak yang biasa digunakan pada potret akan memberikan 'dept'.
    • Format melintang akan memberikan rasa ruang yang luas.

  • Memberikan perhatian pada latar gambar:
    • Latar depan memberikan gambaran 3 dimensi atau 'dept'.
    • Latar belakang menambahkan seri atau merosakan visual maka permudahkannya.

  • Prihatin dan teliti terhadap apa yang ingin dirakamkan bagi menonjolkan suasana kemeriahan, cemas, muram dan sedih.

  • Menarik perhatian orang lain dengan menonjolkan satu subjek (asingkan dengan warna / saiz / bentuk / fokus) ketika mengambil gambar.

  • Mengetahui teknik mendapatkan sumber cahaya yang betul.
    • Natural light, artificial continuous light, flash light.

  • Mengenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.

0 ulasan:

Catat Ulasan