Fotografi Dalam Studio
Amali fotografi dalam studio telah dijalankan dengan membina studio ringkas iaitu WY Photo Studio di rumah terlebih dahulu. Dengan ini, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto potret di studio yang dibina di mana model merupakan rakan serumah saya.
Posing Pertama
Posing pertama telah diambil apabila model menghadap ke kamera. Corak baju batik dapat dilihat dengan jelas. Namun, posing tersebut kelihatan kaku dan menyebabkan foto agak tegang.
Posing Kedua
Posing kedua telah diambil apabila model menghadap 45 darjah ke kamera. Foto posing kedua telah diambil secara menegak dan melintang. Suasana gambar menegak kelihatan lebih tegang disebabkan cara model memeluk lengan kelihatan tidak ingin bergaul dengan orang lain. Sebaliknya, gambar melintang kelihatan lebih menyeronokkan disebabkan senyuman dan cara model memeluk lengan adalah lebih terbuka di mana sudi menerima orang lain. Namun, sebahagian corak baju batik telah disembunyikan oleh lengan.
Posing Ketiga
Posing ketiga juga menghadap 45 darjah ke kamera. Posing tersebut telah menyanjung bentuk tubuh model dengan jelas dan menonjolkan keyakinan model terhadap diri sendiri. Foto posing ketiga turut kelihatan menarik dan tidak membosankan. Di samping, menonjolkan corak dan kecantikan baju batik.
Speed : 1/33 sec
ISO : 100
Aperture : f/4
Cuaca : Cuaca yang cerah pada tengahari
Tripod : Tidak
Lensa : Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera : Iphone 6s
Tarikh : 31/3/2021
0 ulasan:
Catat Ulasan