TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jenis Gambar (Imej Digital)


Pengenalan Imej Digital

  • Perwakilan berangka suatu imej 2 dimensi (gambar, lukisan, foto etc.).
  • Bergantung kepada resolusi imej (vektor / raster).
  • Dibina daripada suatu set nilai digital dipanggil piksel.
  • Dapat diwakilkan dengan imej vektor / grafik metafile atau imej raster / grafik Bitmap.

    

Imej Vektor / Grafik Metafile

  • Melambangkan imej dalam grafik komputer dengan arahan matematik (titik, garis, bentuk / poligon).
  • Dibina daripada geometri Matematik (vektor).
  • Dihasilkan melalui perisian komputer tertentu dan diwakili dalam bentuk geometri (arahan Matematik).
  • Boleh diubah saiz dalam skala besar tanpa menjejaskan resolusi imej.
  • Objek terbentuk dari suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek dilukis.
  • Sesuai digunakan untuk gambar yang warnanya sejenis atau tidak terlalu banyak.

  • Penggunaan:
      • Menyimpan fail grafik komputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersialkan.
      • Seni bina grafik (penghasilan kartun, gambar rajah, carta dan logo).
      • Menghasilkan animasi 2D dan 3D.

  • Format Fail:
      • CDR (untuk perisian Corel DRAW).
      • CGM (digunakan secara meluas, untuk perisian yang menyokongnya).
      • DRW (untuk Windows, Ami Pro dan PageMake).
      • DXF (untuk lukisan kejuruteraan dan seni bina - program AutoCAD).
      • EPS (untuk penghasilan grafik pada pencetak postscript).
      • PIC (untuk program cat & Lotus 1-2-3).
      • PICT (untuk sistem pengoperasian Mac).
      • WMF (untuk kebanyakan perisian imej di Windows).

  • Perisian:
      • Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw etc.



Imej Raster / Grafik Bitmap

  • Mewakili imej sebagai susunan titik yang dikenal sebagai piksel atau bit iaitu gambar dibentuk daripada kumpulan bit.
  • Maklumat imej disusun dalam bentuk matrik mudah dimana menerangkan setiap piksel yang wujud.
  • Memiliki kandungan satuan titik (pixel) yang memiliki warna masing-masing (bit).
  • Biasanya resolusi adalah 100ppi ketika dipaparkan pada komputer dan 150-300ppi untuk pencetak.
  • Sesuai digunakan pada gambar yang memiliki banyak warna kerana masing-masing pixel akan mengunci warna dan menyusunkannya.

  • Penggunaan:
      • Menghasilkan gambar yang berkualiti dan semakin cantik dengan kesatuan pixel.
      • Memanipulasi warna latar belakang gambar dengan menggantikan pixel yang ada dengan pixel baru yang berlainan warna.
      • Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah dengan menggantikan pixel yang ada dengan pixel yang warna selaras dengan wajah.

  • Format Fail:
      • BMP (untuk kebanyakan perisian imej di Windows).
      • PCX (untuk perisian imej pada mesin IBM).
      • TIFF (untuk kebanyakan perisian scanner).
      • GIFF (guna 256 warna atau kurang & sesuai dihantar dengan telefon bimbit).
      • JPG (untuk imej yang diimbas & ingin digunakan pada WWW).

  • Perisian:
      • Adobe Photoshop, Painter, Macromedia X-Res etc.




Rumusan

0 ulasan:

Catat Ulasan