TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jumaat, 2 April 2021

Proses Membentuk Mini Studio Fotografi


Bahan yang diperlukan adalah:

  • Kotak kosong
  • Kertas mahjong putih

Alat yang diperlukan adalah:

  • Cutter / gunting untuk memotong
  • Pelekat
  • Pembaris
  • Pensel

Prosedur Membentuk Mini Studio Fotografi

  • Kotak kosong dan bahan-bahan serta alat-alat telah disediakan untuk membentuk mini studio fotografi.


  • Kotak telah dibersihkan terlebih dahulu dengan membuangkan plastik yang berada di luarnya supaya memudahkan proses pembentukan mini studio.


  • Lebar sebanyak 1.5cm telah diukur dan dicatatkan bagi setiap sisi kotak supaya dapat melubangkan bahagian belakang, atas kiri dan kanan mengikut ukuran yang diukur.


  • Lubang di bahagian belakang, atas, kiri dan kanan telah ditutupkan dengan kertas mahjong putih melalui pelekat.

        
Pandangan depan mini studio fotografi.      Pandangan atas mini studio fotografi.

          
Pandangan belakang mini studio fotografi.      Pandangan sisi mini studio fotografi.

  • Bagi sumber pencahayaan, lampu meja dan lampu suluh telah digunakan di mana diletakkan di atas mini studio ketika sesi fotografi.

0 ulasan:

Catat Ulasan