TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Penapis Lensa


  • Aksesori tambahan kamera yang dipasang di belakang lensa atau depan lensa.
  • Terdapat pelbagai bentuk & ukuran.
  • Fungsi
      • Mengelakkan lensa terkena debu, wap air, tercalar, rosak dan sebagainya dimana filter boleh ditukar apabila rosak kerana harganya lebih murah daripada lensa.
      • Melindungi lensa dari pantulan cahaya yang berlebihan.
      • Mengawal jumlah cahaya masuk ke lensa.
      • Memberi kesan sampingan (Special Effect) pada gambar warna dan memberi kesan High Contrast dan Low Contrast pada filem hitam putih.

Bahan Pembuatan Filter

  • Bahan Glass

    • Digunakan untuk bahan dasar filter ND.
    • Harga lebih mahal & berat.
    • Mudah pecah.

  • Bahan Resin

    • Digunakan untuk bahan dasar Graduated ND.
    • Harga lebih murah & ringan.
    • Tidak mudah pecah.

  • Polyester

    • Digunakan untuk menghasilkan filter jenis color correction.
    • Campuran bahan polyester, polycarbonate atau gel.

Cara Memasang Filter

  • Filter Screw In (ulir) mempunyai ukiran spesifik & sesuai untuk satu ukuran lensa.
  • Filter Slot In sesuai untuk lensa yang pelbagai ukuran.

Filter Black & White

  • Sangat popular untuk filem.
  • Jarang digunakan pada fotografi digital tetapi dalam setting kamera digital telah ada.
  • Menambahkan kesan dramatik pada hasil gambar.
  • Kadang kala menggelapkan satu warna dan mencerahkan warna lain:
      • Filter Black & White berwarna merah biasanya menyebabkan warna merah hampir putih & warna biru hampir hitam.

Color Correction Filter

  • Digunakan untuk mengubah / membetulkan warna foto.
  • Filter jenis warming seperti kuning dan merah  menjadikan gambar lebih hangat.
  • Filter jenis coolong seperti biru menjadikan gambar lebih dingin.

Filter Protector / Ultra Violet (UV)

  • Melindungi lensa dari debu dan kelembapan.
  • Mengurangkan pengaruh sinar ultra violet (kabur, warna kebiruan) terhadap foto tanpa mengurangkan pencahayaan atau mengubah warna.
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai kategori fotografi.

Filter Infrared (IR)

  • Mengurangkan pengaruh gelombang infra-merah terhadap foto.
         

Filter Polariser

  • Membuatkan langit menjadi lebih biru / dasar sungai menjadi jernih & kelihatan lebih menarik.
  • Mengurangkan intensiti pantulan pada permukaan benda seperti air atau kaca.
  • Meningkatkan saturasi dan kontras pada gambar.
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai kategori fotografi apabila cahaya matahari menyinari objek dari sisi sebelah kiri atau kanan (tiada kesan jika digunakan menghadap / membelakangi cahaya matahari).

    • Linear Polariser

      • Sesuai digunakan untuk kamera filem dengan lensa manual fokus.
      

    • Circular Polariser (CPL)

      • Sesuai digunakan untuk kamera digital dengan sistem memfokus secara auto.
      

Filter Neutral Density (ND)

  • Mengurangkan jumlah cahaya masuk ke lensa supaya shutter speed semakin lambat.
  • Mengurangkan risiko overexposure apabila menggunakan aperture lebar bawah cahaya terang.
  • Dapat mencipta effect kabut (fog).
  • Mengurangkan titik yang terlalu terang manakala titik yang terlalu gelap akan dinaikkan ton. 
  • Sesuai digunakan untuk memotret foto long exposure dan objek yang bergerak (foto slow speed) seperti orang yang bergerak, air terjun, langit dan sebagainya.
  • Kelemahan adalah mengurangkan saturasi.

  • Terdapat kepekatan (ND) yang pelbagai:
      • 0.3ND menurunkan exposure 1 stop.
      • 0.6ND menurunkan exposure 2 stop.
      • 0.9ND menurunkan exposure 3 stop.

  • ND Standard - memiliki 0.3 - 0.9ND.
  • ND Little Stopper - menurunkan exposure hingga 6 stop.
  • ND Big Stopper - menurunkan exposure hingga 10 stop.
  • ND Super Stopper - menurunkan exposure hingga 15 stop.
  • Variable ND Filter - dapat diputar untuk mendapatkan kepekatan yang berbeza (ND2 - ND400).

     

Filter Graduated Neutral Density (ND Grad)

  • Mempunyai bahagian terang & gelap dimana berupaya memindahkan cahaya ke segala arah.
  • Mengimbangkan terang pada sisi atas & bawah foto supaya keseluruhan exposure menjadi normal:
      • Apabila exposure langit normal, bahagian pantai menjadi sangat gelap (under exposure).
      • Apabila bahagian pantai normal, langit menjadi sangat terang (over exposure).
  • Umumnya berbentuk kotak & mempunyai kepekatan yang berbeza-beza seperti ND.
  • Sesuai digunakan dalam situasi kontras yang tinggi untuk memotret landscape atau panorama.
    • ND Grad Soft 

      • Memiliki transisi gelap ke terang yang lembut.
      • Memotret pemandangan yang memiliki garis horizon yang tidak tegas.
      • Contohnya, pantai dengan pergunungan.

    • ND Grad Hard

      • Memiliki transisi gelap ke terang yang tegas.
      • Memotret pemandangan yang memiliki garis horizon yang tegas & jelas.
      • Contohnya, pantai dengan langit.
      

Filter Mist & Fog

  • Menghasilkan effect kabut pada foto.
  • Sesuai digabungkan dengan filter lain.
      

Filter Close-Up / Filter Macro

  • Penyelesaian alternatif sekiranya tidak mempunyai lensa makro.
  • Berfungsi seperti lensa pembesar dimana mengurangkan jarak antara lensa dengan subjek.
  • Sesuai digunakan untuk pemotretan makro atau memotret subjek pada jarak yang sangat dekat.
       

Filter Star

  • Menampilkan bintang pada lampu.
  • Membuatkan objek lebih terang.
      

Filter Soft Focus

  • Mengurangkan ketajaman foto.
  • Membuatkan subjek kelihatan lembut.
  • Sesuai digunakan untuk memotret wajah orang dengan menjadikan kulit muka yang kasar kelihatan lembut.
  • Jarang digunakan kerana dapat diperoleh dengan software editing seperti photoshop.
      

0 ulasan:

Catat Ulasan