TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Komposisi

Pengenalan

  • Kesatuan yang harmoni antara elemen-elemen foto.
  • Menjadikan gambar menarik & kreatif.
  • Tiada aturan tertentu.

Rule of Thirds

  • Menggunakan garisan grid untuk membahagikan gambar kepada 3 bahagian secara menegak & melintang.
  • Objek diletakkan pada grid di hujung bahagian kanan / kiri pada Point of Interest untuk mendapatkan komposisi yang harmoni.
        

Leading Lines

  • Garis imaginasi yang membimbing mata kepada Point of Interest atau fokus utama dalam gambar.
  • Garis dalam bentuk lengkung, lurus atau zig zag seperti sungai, jalan, pagar etc.

Frame within a Frame

  • Mengarahkan mata untuk memerhatikan apa yang ada dalam sebuah frame.
  • Frame boleh dalam bentuk maya atau nyata & tidak semestinya mengelilingi Point of Interest.
      

Keseimbangan

  • Keseimbangan simetri
    • Meletakkan objek sama rata kanan & kiri / atas & bawah sehingga kelihatan simetri.
  • Keseimbangan asimetri
    • Memadankan dua unsur yang berlainan secara kanan & kiri / atas & bawah sehingga kelihatan harmoni.
    

Pattern and Texture

  • Pola (pattern) dan texture biasa didapatkan dengan angle foto yang tepat.
  • Texture adalah suatu titik-titik kasar atau halus yang terdapat pada permukaan.
  • Faktor yang mempengaruhi pattern and texture adalah:
    • Jarak antara lensa dengan objek
    • Sudut pengambilan gambar
    • Cahaya

View Point

  • Sudut pengambilan gambar yang berupaya menghasilkan foto dengan dimensi yang dramatis:
    • Low angle
    • Eye level
   

Diagonal

  • Elemen dalam gambar diatur menjadi garis diagonal seperti garis diagonal tunggal / persilangan.
  • Menegaskan perspektif dan mencipta kedalaman pada gambar.
      

Shape and Form

  • Shape membentuk dimensi tersendiri sebagai outline objek utama.
  • Form memberikan kesan kedalaman dan 3D pada hasil foto.
  • Faktor yang mempengaruhi shape and form adalah:
    • DOF 
    • Cahaya
       

Jenis-Jenis Shot

  • Close Up - shot dari batas bahu sampai atas kepala.
  • Medium Close Up - shot dari dada sampai atas kepala.
  • Big Close Up - shot pada bahagian tubuh / benda tertentu sehingga kelihatan besar.
  • Extreme Close Up - shot pada subjek dengan teliti (mata, hidung)
  • Medium Shot - shot dari bahagian pinggang sampai atas kepala.
  • Total Shot - shot yang merakamkan keseluruhan objek.
  • Long Shot - shot keseluruhan objek, semua elemen dalam gambar termasuk latar.
  • Wide Shot - shot meninggalkan sedikit ruang pada bahagian atas & bawah subjek dimana subjek utama memenuhi frame.


Sudut Pengambilan Kamera

  • High Angle - Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.
  • Eye Level - Posisi kamera sejajar dengan eye level.
  • Low Angle - Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.


Elemen Seni Dalam Fotografi

  • Garisan

      • Menimbulkan kedalaman & memperlihatkan gerak pada gambar.
      • Berupaya memandu pandangan penonton.
      • Garis yang dinamik seperti garis lurus, garis lengkung, garis yang membawa mata keluar dari gambar etc.


  • Rupa (Shape)

      • Membentuk dimensi tersendiri sebagai outline objek utama (2D).
      • Memisahkan subjek dari latar belakang yang rumit bagi menonjolkan rupa subjek.
      • Menggunakan kontras dari segi cahaya (gelap terang) dan warna untuk menonjolkan elemen rupa.
      • Contohnya, gambar shilouette mempunyai elemen rupa yang jelas.


  • Bentuk (Form)

      • Memberikan kesan kedalaman dan 3D pada subjek di foto.
      • Terbentuk dari cahaya dan tone yang membentuk garis sesebuah objek.


  • Tekstur

      • Memberikan kesan kedalaman dan 3D pada subjek di foto.
      • Tekstur dapat dilihat apabila mendekatkan diri dengan subjek (zoom) atau pada saat di belakang subjek.
      • Wujud apabila cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut yang rendah sehingga membentuk bayangan yang sama dalam luas tertentu.
      • Pengambilan gambar tekstur yang berjaya apabila pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan apabila menyentuhnya.


  • Corak (Pattern)

      • Pengulangan shape, garis dan warna sebagai tumpuan.
      • Menimbulkan kesan harmoni tetapi terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan.
      • Corak yang baik biasanya diambilkan dengan merata bagi menonjolkan coraknya.



Prinsip Seni Dalam Fotografi

  • Komposisi

      • Susunan / gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar.
      • Organisasi visual sesuatu gambar.
      • Cara sesuatu foto menyampaikan cerita gambar.


  • Keseimbangan

      • Kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.
      • Mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan atau ketenangan pada hasil foto.
      • Keseimbangan simetri (gambar di kiri) & asimetri (gambar di kanan).

       

  • Kontras

      • Terhasil apabila terdapat sesuatu elemen yang timbul kerana berlainan daripada elemen-elemen lain.
      • Fungsinya untuk menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan kebosanan.
      • Kontras tona:
        • Perbezaan tona dari terang ke gelap atau putih ke hitam.
        • Tona tinggi - hitam & putih sedikit tanpa tona kelabu.
        • Tona sederhana - putih & beberapa hitam dengan sederhana tona kelabu.
        • Tona rendah - tiada bahagian sangat terang / gelap, semua hampir sama.
      • Kontras warna:
        • Cara warna berinteraksi antara satu sama lain.


  • Harmoni

      • Elemen dalam gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama & berkait antara satu sama lain.
      • Boleh menyebabkan beberapa elemen kelihatan seperti satu entiti.


  • Dominan

      • Titik fokus utama dalam sesuatu gambar.
      • Dominan & keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.


  • Kesatuan

      • Beberapa elemen (rupa, garis, bentuk dan sbg) mencantum menjadi satu entiti tanpa ada unsur yang bercanggah.
      • Dapat menimbulkan suasana yang tenteram & selesa.
      • Dapat menyampaikan mesej dengan mudah difahami.


  • Kepelbagaian

      • Penggunaan pelbagai gaya, nilai & idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
      • Memberi gaya, variasi, tenaga & daya tarikan dalam sesuatu gubahan.
      • Dihasilkan melalui penggunaan elemen yang pelbagai seperti rupa, garisan, dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.


0 ulasan:

Catat Ulasan