TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jumaat, 2 April 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


Amali mini studio fotografi telah dijalankan dengan membina mini studio dengan kotak dan kertas mahjong putih terlebih dahulu. Seterusnya, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto produk di mini studio yang dibina di mana produk merupakan makanan dan benda hiasan. 

Foto 1

Foto 1 telah diambil terhadap biskut coklat di mana warna yang kontras dengan latar telah menonjolkan produk tersebut. Sinaran cahaya pada produk juga tidak terlalu keterlampauan sehingga overexposure. Namun, sudut pengambilan gambar dari high angle kurang menonjolkan keistimewaan produk tersebut.


Foto 2

Foto 2 telah diambil dengan memokuskan patung. Komposisi central dan Rules of Third serta sudut pengambilan gambar dari high angle juga telah diaplikasikan. Beberapa gambar telah diambil terhadap produk tersebut. Namun, hasil foto menunjukkan gambar yang diambil dengan komposisi ROT adalah lebih menarik.

    

Foto 3

Foto 3 telah diambil dari sudut pengambilan gambar high angle dan top angle. Kedua-dua sudut penggambaran telah memberikan perspektif yang berlainan. Mata patung kelihatan seperti mengikut kamera dari sudut pengambilan gambar top angle di mana hubungan antara patung juga kelihatan lebih erat. 

    

Speed      :  1/20 sec
ISO           :  400
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada pagi
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera   :  Iphone 6s
Tarikh     :  2/4/2021

Proses Membentuk Mini Studio Fotografi


Bahan yang diperlukan adalah:

  • Kotak kosong
  • Kertas mahjong putih

Alat yang diperlukan adalah:

  • Cutter / gunting untuk memotong
  • Pelekat
  • Pembaris
  • Pensel

Prosedur Membentuk Mini Studio Fotografi

  • Kotak kosong dan bahan-bahan serta alat-alat telah disediakan untuk membentuk mini studio fotografi.


  • Kotak telah dibersihkan terlebih dahulu dengan membuangkan plastik yang berada di luarnya supaya memudahkan proses pembentukan mini studio.


  • Lebar sebanyak 1.5cm telah diukur dan dicatatkan bagi setiap sisi kotak supaya dapat melubangkan bahagian belakang, atas kiri dan kanan mengikut ukuran yang diukur.


  • Lubang di bahagian belakang, atas, kiri dan kanan telah ditutupkan dengan kertas mahjong putih melalui pelekat.

        
Pandangan depan mini studio fotografi.      Pandangan atas mini studio fotografi.

          
Pandangan belakang mini studio fotografi.      Pandangan sisi mini studio fotografi.

  • Bagi sumber pencahayaan, lampu meja dan lampu suluh telah digunakan di mana diletakkan di atas mini studio ketika sesi fotografi.

Rabu, 31 Mac 2021

Fotografi Dalam Studio


Amali fotografi dalam studio telah dijalankan dengan membina studio ringkas iaitu WY Photo Studio di rumah terlebih dahulu. Dengan ini, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto potret di studio yang dibina di mana model merupakan rakan serumah saya. 

Posing Pertama

Posing pertama telah diambil apabila model menghadap ke kamera. Corak baju batik dapat dilihat dengan jelas. Namun, posing tersebut kelihatan kaku dan menyebabkan foto agak tegang. 
 

Posing Kedua

Posing kedua telah diambil apabila model menghadap 45 darjah ke kamera. Foto posing kedua telah diambil secara menegak dan melintang. Suasana gambar menegak kelihatan lebih tegang disebabkan cara model memeluk lengan kelihatan tidak ingin bergaul dengan orang lain. Sebaliknya, gambar melintang kelihatan lebih menyeronokkan disebabkan senyuman dan cara model memeluk lengan adalah lebih terbuka di mana sudi menerima orang lain. Namun, sebahagian corak baju batik telah disembunyikan oleh lengan.

        

Posing Ketiga

Posing ketiga juga menghadap 45 darjah ke kamera. Posing tersebut telah menyanjung bentuk tubuh model dengan jelas dan menonjolkan keyakinan model terhadap diri sendiri. Foto posing ketiga turut kelihatan menarik dan tidak membosankan. Di samping, menonjolkan corak dan kecantikan baju batik.

             

Speed      :  1/33 sec
ISO           :  100
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada tengahari
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera   :  Iphone 6s
Tarikh     :  31/3/2021

Rancangan Pembinaan Fotografi Dalam Studio


 

  • Nama   : WY Photo Studio 
  • Tempat : Di dalam rumah

Peralatan

  • Kamera Iphone 6
  • Tripod
  • Sistem pencahayaan
    • Pencahayaan buatan daripada lampu fluorescent
    • Pencahayaan semula jadi
    • Light cutter
    • Reflector berwarna silver


Reka Cipta Studio

Area Studio Fotografi

  • Background & sisinya yang putih
  • Kapasiti 4 orang

Area Studio Fotografi Tematik Santai

  • Background & sisinya yang putih
  • Kapasiti 6 orang

  • Hiasan
    • Patung
    • Kerusi Bar Tinggi

Perkhidmatan Fotografi

  • Fotografi Produk

      

Sumber:
http://huzeifa.com/

  • Fotografi Potret

      

Sumber:
https://www.pinterest.com/pin/145874475419352961/https://www.stocksy.com/1423363/full-body-portrait-of-black-man-leaning-on-a-white-wall)

  • Fotografi Fesyen

      

Sumber:
https://www.nona.my/banyak-tekanan-but-i-still-love-my-job-kerjaya-pereka-fesyen-bukan-mudah-ezzati-amira-tak-putus-harapan/
http://news.tf.co.kr/read/entertain/1528265.htm

  • Fotografi Still Life

      

Sumber:
https://www.colesclassroom.com/still-life-photography-its-more-than-just-a-bowl-of-fruit/