TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Tokoh-Tokoh Fotografi


Ibnu al-Haytham (Akhir Abad 10M)

  • Penemuan kamera apabila menyaksikan gambar unta terbalik di dalam khemah melalui sebuah lubang kecil.
  • Menemukan Kamera Obscura iaitu pembentukan citra dari cahaya yang melewati sebuah lubang kecil.

Joseph Nicéphore Niépce (1765 - 1833)

  • Menghasilkan gambar permanen pertama yang disebut 'foto'.
  • Mencipta proses 'heliografi' iaitu merakamkan pemandangan dengan mendedahkan kepingan pewter yang disadurkan bitumen pada cahaya matahari selama lapan jam melalui kamera Obscura.

Louis-Jacques-Mandé Daguerre (1787 - 1851)

  • Seniman dan kimiawan Prancis 
  • 1824 - Mengadakan percubaan untuk menciptakan gambar dan bekerjasama                           dengan Niépce selepas Niépce menghasilkan fotografi pertama di dunia.
  • 1839 - Memperkenalkan proses 'daguerreotype' bagi membangunkan imej berkontras             tinggi, jelas dan pendedahan cahaya kepingan yang pendek (30 minit).

William Henry Fox Talbot (1800 - 1877)

  • Ilmuwan dan ahli politik United Kingdom.
  • Menghasilkan fotograf pada kertas yang dikenali sebagai 'calotype' atau 'talbotype' melalui cetakan negatif dengan menterbalikkan hitam jadi putih dan putih jadi hitam.
  • Pertama menerbitkan iklan dengan fotografi di Philadelphia.

Etienne Jules Marey (1830 - 1904)

  • Mengembangkan animasi fotografi yang disebut chronophotography.
  • Idea diperkenalkan melalui rakaman beberapa fasa gerakan pada satu filem.
  • Menghasilkan sebuah senapan chronophotographic yang mempunyai kemampuan 12fps (frame per second).
  • Menghasilkan karya slow-motion cinematography yang dirakam pada 60fps.
  • 1901 - Membuat semacam mesin asap dengan 58 smoke trail yang dikenali sebagai                aerodynamic wind tunnel pertama di dunia.

George Eastman (1854 - 1932)

  • Menemukan filem gulung berdasarkan filem bergerak.
  • Menghasilkan kamera tangan seperti kamera Kodak yang bersaiz lebih kecil dan menggunakan filem.
  • Memperkenalkan kamera Brownie dan memungkinkan setiap orang memiliki kamera secara murah dan memotret dengan mudah.

Dorothea Lange (1895 - 1965)

  • Wartawan foto dari Amerika Syarikat dimana mengembangkan bidang fotografi dokumentari yang mencatatkan kehidupan seharian.
  • Terkenal dengan foto pada era The Great Depression iaitu peristiwa kemerosotan ekonomi yang terjadi secara dramatis di seluruh dunia.

Dennis Gabor (1900 - 1979)

  • 1947 - Penemuan holografi iaitu penghasilan hologram yang memungkinkan gambar                 dirakam dalam 3 dimensi.
  • 1971 - Memenangi Hadiah Nobel Fisika.

Ansel Adams (1902 - 1984)

  • Terkenal dengan foto monolite dan foto hitam putih seperti Moonrise.
  • Biasanya menggunakan kamera format besar yang berat, besar, harga filem yang mahal dan waktu pemasangan yang panjang bagi menghasilkan foto yang tajam dan tinggi resolusi.
  • Membentuk Group f/64 yang menganjurkan 'fotografi murni atau polos'.
  • Memperkenalkan idea melihat hasil akhir foto di dalam otak sebelum menekan tombol rana.

Yevgeny Khaldei (1917 - 1997)

  • Terkenal dengan foto Perang Dunia II yang menggambarkan seorang askar Tentera Merah mengibarkan Bendera Kesatuan Soviet atas Bangunan Reichstay, Berlin dimana melambangkan kekalahan Jerman.

0 ulasan:

Catat Ulasan