TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jumaat, 2 April 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


Amali mini studio fotografi telah dijalankan dengan membina mini studio dengan kotak dan kertas mahjong putih terlebih dahulu. Seterusnya, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto produk di mini studio yang dibina di mana produk merupakan makanan dan benda hiasan. 

Foto 1

Foto 1 telah diambil terhadap biskut coklat di mana warna yang kontras dengan latar telah menonjolkan produk tersebut. Sinaran cahaya pada produk juga tidak terlalu keterlampauan sehingga overexposure. Namun, sudut pengambilan gambar dari high angle kurang menonjolkan keistimewaan produk tersebut.


Foto 2

Foto 2 telah diambil dengan memokuskan patung. Komposisi central dan Rules of Third serta sudut pengambilan gambar dari high angle juga telah diaplikasikan. Beberapa gambar telah diambil terhadap produk tersebut. Namun, hasil foto menunjukkan gambar yang diambil dengan komposisi ROT adalah lebih menarik.

    

Foto 3

Foto 3 telah diambil dari sudut pengambilan gambar high angle dan top angle. Kedua-dua sudut penggambaran telah memberikan perspektif yang berlainan. Mata patung kelihatan seperti mengikut kamera dari sudut pengambilan gambar top angle di mana hubungan antara patung juga kelihatan lebih erat. 

    

Speed      :  1/20 sec
ISO           :  400
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada pagi
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera   :  Iphone 6s
Tarikh     :  2/4/2021

0 ulasan:

Catat Ulasan