TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Kategori Fotografi

Terdapat jurugambar yang suka mengembangkan kemahiran dan menghasilkan portfolio dengan pelbagai jenis fotografi pada satu masa. Pengalaman yang pelbagai dalam fotografi membolehkan jurugambar untuk mengenal pasti tema karya dari aspek hobi mahupun kerjaya. Yang berikut merupakan contoh kategori fotografi:

Abstract

  • Merakamkan gambar objek yang mengutamakan keindahan komposisi, permainan bentuk dan warna, elemen-elemen foto dan tekstur.

Adventure

  • Merakamkan gambar pengembaraan seperti mendaki, berbasikal, berkhemah dan sebagainya.

Potraiture / People

  • Merakamkan gambar manusia seperti wajah untuk menampilkan mood.
  • Gambar yang dirancang terlebih dahulu.
       

Still Life / Macro

  • Merakamkan gambar objek yang kecil untuk kelihatan besar (macro) dan gambar kehidupan seharian (still life).
  • Menggunakan peralatan khas seperti lens macro.
        

Photojournalism

  • Merakamkan gambar kewartawanan atau gambar yang menunjukkan sesuatu berita / cerita.
       

Advertising

  • Merakamkan gambar untuk tujuan pengiklanan.

Fashion / Glamour

  • Merakamkan gambar model atau pakaian yang menunjukkan fashion atau portfolio.
         

Landscape / Nature

  • Merakamkan gambar pemandangan alam yang berunsur tak hidup (landscape) dan berunsur hidup (nature).
  • Contohnya, tanah, langit, air atau gabungan ketiga-tiga serta makhluk hidup.

Wildlife / Animal

  • Merakamkan gambar binatang liar.

Sport / Action

  • Merakamkan gambar sukan dan aksi-aksi yang pantas.

Architecture / Buildings

  • Merakamkan gambar bangunan dan seni reka bentuknya.
  • Lebih menonjolkan unsur eksterior.
        

Interior

  • Merakamkan gambar interior ruangan.

Night

  • Merakamkan gambar pemandangan pada waktu malam.
       

Film

  • Merakamkan gambar untuk pertunjukan di panggung seperti konsert, pertunjukan tari, pentas teater dan sebagainya.

Transport

  • Merakamkan gambar transport (darat, udara atau laut).

Snapshot

  • Merakamkan gambar tanpa perencanaan atau teknik khusus seperti foto candid.

0 ulasan:

Catat Ulasan