TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Mini Studio Fotografi

  • Foto profesional memerlukan perlengkapan yang lengkap termasuklah studio.
  • Mini studio boleh dibina di rumah dengan biaya murah berbanding dengan penyewaan studio di luar dengan biaya yang banyak.

  • Keperluan asas pembinaan mini studio fotografi:

      • kamera DSLR
      • lensa 35mm-50mm (prime lens)
      • ruang (warna dinding hitam / putih).

  • Kemudahan asas yang diperlukan:

      • Backdrop stand / trail langsir rumah dengan klip kertas yang besar untuk mengantung kain backdrop.
      • Kain backdrop bergantung kepada citarasa diri sendiri, kualiti, material dan saiz. (Boleh guna kain biasa di kedai kain tetapi pastikan ia tebal dan mempunyai kelebaran lebih daripada 2 meter)
      • Softbox atau payung dan kakinya.
      • 2 unit flash. Bagi perbelanjaan yang ekonomi dicadangkan guna 3rd party flash seperti Young Nuo (YN460/465). 
      • Wireless flash dan 2 set flash trigger bagi pengguna yang tiada aplikasi 'commander' (Phottix, Cactus dan Young Nuo).

Kebaikan

  • Tidak perlu menyewa studio di luar.
  • Senang dibina dengan bahan yang mudah didapatkan.
  • Tidak memerlukan kos yang sangat tinggi.
  • Boleh reka cipta ikut keperluan diri sendiri.

Keburukan

  • Memerlukan ruang khusus dan peralatan yang banyak.
  • Memerlukan sumber pencahayaan yang mencukupi.

Mini Studio Fotografi (Foto Produk)

  • Cara Pembinaan

      • Bahan yang diperlukan: Kertas mahjong putih (nipis), lampu meja, kotak
      • Alat yang diperlukan: Pemotong/ gunting, pelekat, pembaris, pensel
      • Prosedur
          • Lubangkan bahagian depan dan belakang dengan ukuran yang besar sebagai tempat pengambilan foto.
          • Lubangkan bahagian kiri, kanan dan atas dan tutupkan dengan kertas mahjong putih supaya dapat menembusi cahaya.
          • Tutup lubang bahagian depan dengan kertas mahjong putih.
          • Lampu meja diletakkan di luar kotak dengan pengaturcaraan diri sendiri supaya mendapatkan sumber pencahayaan yang diingini.

Sumber: http://jasafotojakarta.com/cara-membuat-studio-foto-sendiri-tanpa-perlu-biaya-mahal/

Mini Studio Fotografi (Foto Model)

  • Cara Pembinaan

      • Menyediakan suatu ruangan khusus.
      • Menyediakan kain lebar, tirai atau spray dengan warna polos sebagai latar belakang di mana memastikan bahagian bawahnya adalah melengkung supaya dapat memantulkan cahaya denagn lebih lembut.
      • Boleh menambahkan barang hiasan yang lain seperti kotak kayu, tumbuhan, kerusi dan sebagainya yang sesuai untuk tema fotografi.
      • Pasangkan kertas putih / kain putih pada lampu meja yang digunakan untuk melembutkan cahayanya apabila menghadap ke model.
      • Sediakan relfektor yang boleh dilipat / boleh gunakan kertas putih / kain putih dan mengarah ke arah model untuk menghilangkan bayangan yang tidak diingini.
      • Selepas penggambaran, menjalankan proses editing dengan perisian yang sesuai.

Sumber: http://jasafotojakarta.com/cara-membuat-studio-foto-sendiri-tanpa-perlu-biaya-mahal/

0 ulasan:

Catat Ulasan