TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Penghasilan Karya Pameran

Pameran fotografi secara atas talian akan diadakan pada bulan pertengahan Mac. Temanya berkaitan dengan alam sekitar iaitu 'Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar'. Dengan ini, rancangan sesi penggambaran telah dijalankan. Pada mulanya, beberapa percubaan telah dilakukan dalam penangkapan gambar bagi mendapatkan karya foto yang memuaskan. Akhirnya, dua karya fotografi yang menarik telah dipilih untuk pameran. Sementara itu, unsur keusahawanan telah diterapkan sempena aktiviti tersebut dengan menjalankan jualan E-Kalendar dan E-Poskad secara maya. Produk jualan tersebut direka bentuk dengan karya foto bertemakan Alam Sekitar yang diambil oleh guru pelatih Unit S elektif terbuka Fotografi.

Ringkasan Pameran

Jurufoto

:

Guru Pelatih Unit S Elektif Terbuka Fotografi

Tema

:

Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar

Tarikh Pameran

:

8:30am hingga 10:30am pada 17/3/2021

Tempat Pameran

:

Google Meet

Produk Jualan

:

E-Kalendar & E-Poskad

Tarikh Jualan

:

10/3/2021 hingga 16/3/2021

Tempat Jualan

:

Facebook

Tempahan Produk

:

Google Form


  • E-Kalendar


  • E-Poskad

        

Karya Utama Pameran (Butterfly)

  • Rancangan Sesi Penggambaran 

Teknik

:

Bokeh

Komposisi

:

Titik fokus

Lokasi

:

Halaman rumah, Serdang

Tripod

:

Tidak

Kamera

:

Nikon D5600

Lensa

:

18mm-55mm

Tarikh

:

28/2/2021

Idea

:

Idea mengambil gambar Butterfly wujud apabila terlihat dua ekor rama-rama yang terbang mahupun singgah di atas bunga. Ia menimbulkan perasaan ingin membekukan keindahan tersebut. Dengan ini, shutter telah ditekan selepas pengaturan eksposure dan memfokuskan subjek utama apabila rama-rama singgah di atas bunga dengan tenang.


  • Percubaan

ISO 160 || Aperture f/5.6 || Speed 1/350 sec
ISO 160 || Aperture f/5.6 || Speed 1/350 sec

  • Hasil
ISO 160 || Aperture f/5.6 || Speed 1/350 sec

  • Cetakan

Cetakan dengan saiz 8R

Karya utama telah diambil pada petang dengan cuaca yang cerah dan banyak angin. Dengan ini, gambar telah diambil beberapa kali dari pelbagai sudut untuk mendapatkan hasil foto yang menarik. Pada akhirnya, shutter speed yang tinggi iaitu 1/350 sec telah digunakan untuk membekukan pergerakan subjek utama iaitu bunga dan rama-rama. ISO 160 diaplikasikan kerana foto diambil di halaman rumah pada petang yang panas terik. Sebaliknya, aperture f/5.6 digunakan untuk mendapatkan latar belakang yang kabur bagi menonjolkan subjek utama dengan teknik bokeh. Secara ringkasnya, ISO 160 dan shutter speed 1/350 sec serta aperture f/5.6 digunakan untuk mendapatkan foto dengan pencahayaan yang sesuai tanpa overexposure. White balance juga diaturkan kepada flash bagi mendapatkan kesan kehangatan. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar bagi mengekalkan keindahan alam sekitar. Akhirnya, karya telah dicetakkan dengan saiz 8R dan dibingkaikan dengan mounting board.

Karya Kedua Pameran (Caterpillar)

  • Rancangan Sesi Penggambaran

Teknik

:

High Speed

Komposisi

:

Leading Lines

Lokasi

:

Halaman rumah, Serdang

Tripod

:

Tidak

Kamera

:

Nikon D5600

Lensa

:

18mm-55mm

Tarikh

:

28/2/2021

Idea

:

Idea mengambil gambar Caterpillar wujud apabila terlihat serangga perosak di atas daun tanaman. Dengan ini, gambar diambil bagi menonjolkan keseimbangan ekosistem dalam proses penjagaan alam sekitar. Walaupun ia akan merosakkan tanaman tetapi Caterpillar akan menjadi Butterfly suatu ketika kemudian. Justeru, masyarakat berperanan untuk menjaga kelestarian flora dan fauna supaya kedua-duanya mendapatkan kebaikan.


  • Percubaan

ISO 1000 || Aperture f/6.7 || Speed 1/250 sec

ISO 1600 || Aperture f/5.6 || Speed 1/180 sec

  • Hasil

ISO 1000 || Aperture f/6.7 || Speed 1/250 sec

  • Cetakan

Cetakan dengan saiz 5R

Karya kedua telah diambil pada petang dengan cuaca yang mendung dan banyak angin. Dengan ini, gambar telah diambil beberapa kali dari pelbagai sudut dengan teknik high speed untuk mendapatkan hasil foto yang tajam dengan pencahayaan yang sesuai. Pada akhirnya, shutter speed yang tinggi iaitu 1/250 sec telah digunakan untuk mengelakkan getaran subjek utama iaitu caterpillar atas faktor angin kencang. ISO 1000 diaplikasikan kerana foto diambil pada cuaca yang mendung. Sebaliknya, aperture f/6.7 digunakan untuk mendapatkan hasil foto yang jelas dan tajam. Secara ringkasnya, ISO 1000 dan shutter speed 1/250 sec serta aperture f/6.7 digunakan untuk mendapatkan foto dengan pencahayaan yang sesuai tanpa underexposure. Komposisi leading lines juga diaplikasikan bagi menuju mata penonton ke arah caterpillar. Tujuan karya ini diambil adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kelestarian flora dan fauna. Akhirnya, karya telah dicetakkan dengan saiz 5R dan dibingkaikan dengan mounting board.

0 ulasan:

Catat Ulasan