Teknik Panning
Hari ini saya telah mempelajari pengambilan gambar dengan Teknik Panning. Teknik Panning merupakan teknik untuk menghasilkan gambar yang membekukan pergerakan subjek dimana latar belakang kelihatan kabur. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan pengambilan gambar pada latar yang berlainan sebagai latihan untuk penguasaan Teknik Panning.
Speed : 1/30 sec
ISO : 2000
Aperture : f/3.5
Speed : 1/30 sec
ISO : 1600
Aperture : f/3.5
Apresiasi :
Shutter Speed yang rendah 1/30 sec digunakan untuk mendapatkan subjek yang tajam. Hasil gambar dengan latar belakang yang ringkas menyebabkan pergerakan bus kurang ditonjolkan. Sebaliknya, latar belakang yang pelbagai menyebabkan hasil gambar lebih menarik dan pergerakan bus dapat dilihat dengan lebih jelas. Melalui latihan pengambilan gambar Teknik Panning, saya mendapati tubuh badan perlu diputarkan bersama kamera dengan kecepatan yang selaras dengan subjek supaya titik fokus selalu mengarah pada subjek.
Lokasi : Bilik rumah
Cuaca : Malam pukul 7:00pm
Kamera : Nikon D5600
Lensa : 18mm-55mm
Tripod : Tidak
Tarikh : 16/2/2021
0 ulasan:
Catat Ulasan