TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jumaat, 2 April 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


Amali mini studio fotografi telah dijalankan dengan membina mini studio dengan kotak dan kertas mahjong putih terlebih dahulu. Seterusnya, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto produk di mini studio yang dibina di mana produk merupakan makanan dan benda hiasan. 

Foto 1

Foto 1 telah diambil terhadap biskut coklat di mana warna yang kontras dengan latar telah menonjolkan produk tersebut. Sinaran cahaya pada produk juga tidak terlalu keterlampauan sehingga overexposure. Namun, sudut pengambilan gambar dari high angle kurang menonjolkan keistimewaan produk tersebut.


Foto 2

Foto 2 telah diambil dengan memokuskan patung. Komposisi central dan Rules of Third serta sudut pengambilan gambar dari high angle juga telah diaplikasikan. Beberapa gambar telah diambil terhadap produk tersebut. Namun, hasil foto menunjukkan gambar yang diambil dengan komposisi ROT adalah lebih menarik.

    

Foto 3

Foto 3 telah diambil dari sudut pengambilan gambar high angle dan top angle. Kedua-dua sudut penggambaran telah memberikan perspektif yang berlainan. Mata patung kelihatan seperti mengikut kamera dari sudut pengambilan gambar top angle di mana hubungan antara patung juga kelihatan lebih erat. 

    

Speed      :  1/20 sec
ISO           :  400
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada pagi
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera   :  Iphone 6s
Tarikh     :  2/4/2021

Proses Membentuk Mini Studio Fotografi


Bahan yang diperlukan adalah:

  • Kotak kosong
  • Kertas mahjong putih

Alat yang diperlukan adalah:

  • Cutter / gunting untuk memotong
  • Pelekat
  • Pembaris
  • Pensel

Prosedur Membentuk Mini Studio Fotografi

  • Kotak kosong dan bahan-bahan serta alat-alat telah disediakan untuk membentuk mini studio fotografi.


  • Kotak telah dibersihkan terlebih dahulu dengan membuangkan plastik yang berada di luarnya supaya memudahkan proses pembentukan mini studio.


  • Lebar sebanyak 1.5cm telah diukur dan dicatatkan bagi setiap sisi kotak supaya dapat melubangkan bahagian belakang, atas kiri dan kanan mengikut ukuran yang diukur.


  • Lubang di bahagian belakang, atas, kiri dan kanan telah ditutupkan dengan kertas mahjong putih melalui pelekat.

        
Pandangan depan mini studio fotografi.      Pandangan atas mini studio fotografi.

          
Pandangan belakang mini studio fotografi.      Pandangan sisi mini studio fotografi.

  • Bagi sumber pencahayaan, lampu meja dan lampu suluh telah digunakan di mana diletakkan di atas mini studio ketika sesi fotografi.

Rabu, 31 Mac 2021

Fotografi Dalam Studio


Amali fotografi dalam studio telah dijalankan dengan membina studio ringkas iaitu WY Photo Studio di rumah terlebih dahulu. Dengan ini, amali telah berlangsung dengan mengambil beberapa foto potret di studio yang dibina di mana model merupakan rakan serumah saya. 

Posing Pertama

Posing pertama telah diambil apabila model menghadap ke kamera. Corak baju batik dapat dilihat dengan jelas. Namun, posing tersebut kelihatan kaku dan menyebabkan foto agak tegang. 
 

Posing Kedua

Posing kedua telah diambil apabila model menghadap 45 darjah ke kamera. Foto posing kedua telah diambil secara menegak dan melintang. Suasana gambar menegak kelihatan lebih tegang disebabkan cara model memeluk lengan kelihatan tidak ingin bergaul dengan orang lain. Sebaliknya, gambar melintang kelihatan lebih menyeronokkan disebabkan senyuman dan cara model memeluk lengan adalah lebih terbuka di mana sudi menerima orang lain. Namun, sebahagian corak baju batik telah disembunyikan oleh lengan.

        

Posing Ketiga

Posing ketiga juga menghadap 45 darjah ke kamera. Posing tersebut telah menyanjung bentuk tubuh model dengan jelas dan menonjolkan keyakinan model terhadap diri sendiri. Foto posing ketiga turut kelihatan menarik dan tidak membosankan. Di samping, menonjolkan corak dan kecantikan baju batik.

             

Speed      :  1/33 sec
ISO           :  100
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada tengahari
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  Iphone 6s back camera 4.15mm
Kamera   :  Iphone 6s
Tarikh     :  31/3/2021

Rancangan Pembinaan Fotografi Dalam Studio


 

  • Nama   : WY Photo Studio 
  • Tempat : Di dalam rumah

Peralatan

  • Kamera Iphone 6
  • Tripod
  • Sistem pencahayaan
    • Pencahayaan buatan daripada lampu fluorescent
    • Pencahayaan semula jadi
    • Light cutter
    • Reflector berwarna silver


Reka Cipta Studio

Area Studio Fotografi

  • Background & sisinya yang putih
  • Kapasiti 4 orang

Area Studio Fotografi Tematik Santai

  • Background & sisinya yang putih
  • Kapasiti 6 orang

  • Hiasan
    • Patung
    • Kerusi Bar Tinggi

Perkhidmatan Fotografi

  • Fotografi Produk

      

Sumber:
http://huzeifa.com/

  • Fotografi Potret

      

Sumber:
https://www.pinterest.com/pin/145874475419352961/https://www.stocksy.com/1423363/full-body-portrait-of-black-man-leaning-on-a-white-wall)

  • Fotografi Fesyen

      

Sumber:
https://www.nona.my/banyak-tekanan-but-i-still-love-my-job-kerjaya-pereka-fesyen-bukan-mudah-ezzati-amira-tak-putus-harapan/
http://news.tf.co.kr/read/entertain/1528265.htm

  • Fotografi Still Life

      

Sumber:
https://www.colesclassroom.com/still-life-photography-its-more-than-just-a-bowl-of-fruit/

Rabu, 3 Mac 2021

Post Processing (2)


Amali telah dijalankan dengan mengedit foto dari aspek sharpness dan exposure melalui Adobe Photoshop. Secara ringkasnya, Post Processing telah dijalankan dengan fungsi level dalam Image Size. Seterusnya, fungsi sharpen dengan smart sharpen dalam Filter

Sebelum Post Processing
Bentuk subjek kurang tajam. Foto kelihatan sedikit gelap dan warna kurang kontras.




Selepas Post Processing
Gambar kelihatan lebih tajam dan terang. Warna foto lebih jelas dan kontras.

Speed      :  1/250 sec
ISO           :  160
Aperture :  f/4
Cuaca      :  Cuaca yang cerah pada pagi
Tripod     :  Tidak
Lensa      :  18mm-55mm
Kamera   :  Nikon D5600

Khamis, 25 Februari 2021

Post Processing (1)


Hari ini saya telah belajar cara untuk mengedit foto dengan menggunakan Adobe PhotoshopDengan ini, amali telah dijalankan dengan mengedit foto dari aspek tone dan exposure melalui Adobe Photoshop. Secara ringkasnya, Post Processing telah dijalankan dengan fungsi auto tone dan curve dalam Image Size

 

Sebelum Post Processing
Gambar kelihatan kurang tajam. Latar belakang kelihatan banyak noise.


Selepas Post Processing
Gambar lebih tajam. Latar belakang yang lebih gelap kelihatan kurang noise dan fokus pada subjek utama.






Speed      :  1/2000 sec
ISO           :  4000
Aperture :  f/5.6
Cuaca      :  Cuaca yang panas terik pada pagi
Tripod     :  Ya
Lensa      :  18mm-55mm
Kamera   :  Nikon D5600

Jumaat, 19 Februari 2021

Komposisi - Frame within a Frame



Frame within a frame adalah komposisi yang mengelilingi subjek dengan bingkai dalam bentuk maya atau nyata. Dengan ini, amali telah dijalankan untuk mempelajari komposisi frame within a frame dalam fotografi dengan lebih mendalam. 
 
Speed     : 1/125 sec
ISO          : 6400
Aperture : f/5.6

Speed     : 1/90 sec
ISO          : 5000
Aperture : f/5.6





Apresiasi :
Pengaturan shutter speed, ISO dan apperture yang sesuai telah digunakan apabila mengambil gambar bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Gambar pertama yang diambil adalah membingkaikan keseluruhan subjek dalam bingkai. Sebaliknya, gambar kedua adalah membingkaikan sebahagian subjek dalam subjek. Dengan komposisi frame within a frame, perhatian telah ditumpukan kepada subjek dalam bingkai.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 7:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Komposisi - Shape and Form


Hari ini saya telah mempelajari shape and form sebagai salah satu komposisi dalam fotografiShape merujuk kepada outline objek utama manakala form dapat memberikan kesan kedalaman pada hasil fotoDengan ini, amali telah dijalankan untuk menguasai komposisi sahpe and pattern dalam fotografi. 

  Form
  Speed     : 1/125 sec
  ISO          : 160
  Aperture : f/5.6
  Shape
  Speed     : 1/4000 sec
  ISO          : 500
  Aperture : f/27
Apresiasi :
Teknik bokeh telah digunakan untuk mengambil gambar dengan komposisi shape. Tujuannya adalah untuk menonjolkan kesan kedalaman tangan dan bunga dalam foto. Pengaturan shutter speed, ISO dan apperture yang sesuai telah digunakan apabila mengambil gambar bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Sebaliknya, teknik siluet telah digunakan untuk mengambil gambar dengan komposisi form bagi menonjolkan outline objek utama. Pengaturan shutter speed telah ditinggikan dengan ISO yang rendah dan apperture yang sesuai apabila mengambil gambar bagi mendapatkan garisan subjek yang jelas.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 6:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Komposisi - Pattern


Pattern merujuk kepada pengulangan shape, garis dan warna sebagai tumpuan. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan pengambilan gambar dari perspektif yang berlainan untuk menguasai komposisi pattern dalam fotografi. 

Speed     : 1/90 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/4.8
Speed     : 1/90 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/4.8





Speed     : 1/350 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/350 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Apresiasi :
Shutter speed yang rendah dengan ISO yang tinggi dan apperture f/4.8 telah digunakan apabila mengambil gambar di dalam rumah bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Sebaliknya, shutter speed yang tinggi dengan ISO yang rendah dan apperture f/5.6 telah digunakan apabila mengambil gambar di luar rumah bagi mengelakkan overexposure. Selanjutnya, gambar dengan komposisi pattern telah diambil dari perspektif yang berlainan. Dengan ini, saya mendapati perspektif memainkan peranan yang sangat penting dalam menonjolkan komposisi pattern secara optimum.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 5:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Khamis, 18 Februari 2021

Komposisi - Rule of Thirds


Rule of thirds adalah komposisi fotografi dengan meletakkan objek pada grid 9 petak di titik persilangan garis menegak dan melintang hujung kanan atau kiri. Selepas mempelajari komposisi tersebut, amali telah dijalankan bagi menguasai komposisi tersebut dengan mantap.



 

Apresiasi :
Gambar pertama telah diambil dengan meletakkan objek pada grid 9 petak di titik persilangan garisan hujung kanan. Sebaliknya, gambar kedua telah diambil dengan meletakkan objek di hujung kiri dengan komposisi rule of thirds. Dengan komposisi tersebut, subjek dapat ditonjolkan dengan jelas dan menarik. Namun begitu, subjek yang hanya terletak pada satu titik point of interest hujung kiri seperti gambar kedua adalah lebih menarik tumpuan berbanding dengan gambar pertama. Ini kerana subjek gambar pertama terletak pada dua titik point of interest hujung kanan. 

Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Petang pukul 5:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa       :  18mm-55mm
Speed       :  1/90 sec
ISO            :  4000
Aperture :  f/5.6
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  17/2/2021

Komposisi - Leading Line


Hari ini saya telah mempelajari pengambilan gambar dengan komposisi leading line. Leading line merupakan garis yang membimbing mata kepada Point of Interest atau fokus utama dalam gambar. Amali telah dijalankan dengan leading line secara melintang dan menegak bagi menguasai komposisi tersebut

  Melintang
  Speed     : 1/1000 sec
  ISO          : 100
  Aperture : f/3.8
  Menegak
  Speed     : 1/125 sec
  ISO          : 125
  Aperture : f/4.2
Apresiasi :
ISO yang rendah telah digunakan untuk mengambil gambar bagi mengelakkan overexposure. Di samping, komposisi leading line telah ditonjolkan dengan jelas melalui garisan nyata yang kelihatan dalam foto. Jenis leading line juga dapat dikenal pasti melalui kekerapan garisan yang kelihatan dalam foto.
 
Lokasi     :  Pagar rumah
Cuaca      :  Petang pukul 3:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  17/2/2021

Rabu, 17 Februari 2021

Night Photography


Night photography adalah foto yang diambil pada malam. Dengan ini, amali telah dijalankan bagi melihatkan kesan gambar diambil pada waktu malam yang gelap.

Speed     : 1/750 sec
ISO          : 8000
Aperture : f/6.7

Apresiasi :
Gambar telah diambil untuk mercun sempena Tahun Baru Cina. Pengaturan shutter Speed yang tinggi telah digunakan untuk menangkap gambar pembekuan pergerakan cahaya mercun. Oleh sebab itu, gambar telah menjadi gelap maka ISO yang tinggi digunakan untuk menampung cahaya kepada hasil gambar. Gambar yang diambil dalam keadaan gelap kelihatan lebih dramatis.
 
Lokasi     :  Halaman rumah
Cuaca      :  Malam pukul 9:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  16/2/2021

Selasa, 16 Februari 2021

Teknik Panning


Hari ini saya telah mempelajari pengambilan gambar dengan Teknik Panning. Teknik Panning merupakan teknik untuk menghasilkan gambar yang membekukan pergerakan subjek dimana latar belakang kelihatan kabur. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan pengambilan gambar pada latar yang berlainan sebagai latihan untuk penguasaan Teknik Panning

Speed     : 1/30 sec
ISO          : 2000
Aperture : f/3.5
Speed     : 1/30 sec
ISO          : 1600
Aperture : f/3.5

Apresiasi :
Shutter Speed yang rendah 1/30 sec digunakan untuk mendapatkan subjek yang tajam. Hasil gambar dengan latar belakang yang ringkas menyebabkan pergerakan bus kurang ditonjolkan. Sebaliknya, latar belakang yang pelbagai menyebabkan hasil gambar lebih menarik dan pergerakan bus dapat dilihat dengan lebih jelas. Melalui latihan pengambilan gambar Teknik Panning, saya mendapati tubuh badan perlu diputarkan bersama kamera dengan kecepatan yang selaras dengan subjek supaya titik fokus selalu mengarah pada subjek.
 
Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Malam pukul 7:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  16/2/2021

Khamis, 4 Februari 2021

Shuttle Speed


Shuttle Speed akan menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan menggunakan shutter speed yang berlainan bagi mengenali pengaruh shutter speed terhadap hasil gambar. Tripod kamera juga digunakan bagi mengelakkan getaran kamera.


Speed     : 1/10 sec
ISO          : 100
Aperture : f/5.6


Speed     : 1/20 sec
ISO          : 160
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/30 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/45 sec
ISO         : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/60 sec
ISO          : 400
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/90 sec
ISO          : 500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/125 sec
ISO          : 640
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/250 sec
ISO          : 800
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/1000 sec
ISO          : 2500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/2000 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/5.6

Apresiasi :
Dengan Shutter Speed yang rendah (1/125 ke bawah), gambar yang dihasilkan kelihatan lebih terang walaupun dengan ISO yang rendah. Pergerakan air juga kelihatan mengalir dengan sangat cepat sehingga bentuknya kelihatan lembut dan halus. Sebaliknya, gambar yang dihasilkan dengan Shutter Speed yang tinggi (1/250 sec ke atas) kelihatan lebih gelap walaupun ISO yang tinggi disesuaikan. Di samping, pergerakan air kelihatan seperti membeku dimana bentuk aliran air dapat dilihat dengan jelas.
 
Lokasi     :  Halaman rumah
Cuaca      :  Cuaca yang panas terik pada siang hari 9:30am
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Ya
Tarikh     :  4/2/2021