TAY WAN YEE

TAY WAN YEE
Unit S8
Major Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D5600

Jumaat, 19 Februari 2021

Komposisi - Frame within a Frame



Frame within a frame adalah komposisi yang mengelilingi subjek dengan bingkai dalam bentuk maya atau nyata. Dengan ini, amali telah dijalankan untuk mempelajari komposisi frame within a frame dalam fotografi dengan lebih mendalam. 
 
Speed     : 1/125 sec
ISO          : 6400
Aperture : f/5.6

Speed     : 1/90 sec
ISO          : 5000
Aperture : f/5.6





Apresiasi :
Pengaturan shutter speed, ISO dan apperture yang sesuai telah digunakan apabila mengambil gambar bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Gambar pertama yang diambil adalah membingkaikan keseluruhan subjek dalam bingkai. Sebaliknya, gambar kedua adalah membingkaikan sebahagian subjek dalam subjek. Dengan komposisi frame within a frame, perhatian telah ditumpukan kepada subjek dalam bingkai.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 7:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Komposisi - Shape and Form


Hari ini saya telah mempelajari shape and form sebagai salah satu komposisi dalam fotografi. Shape merujuk kepada outline objek utama manakala form dapat memberikan kesan kedalaman pada hasil foto. Dengan ini, amali telah dijalankan untuk menguasai komposisi sahpe and pattern dalam fotografi. 

  Form
  Speed     : 1/125 sec
  ISO          : 160
  Aperture : f/5.6
  Shape
  Speed     : 1/4000 sec
  ISO          : 500
  Aperture : f/27
Apresiasi :
Teknik bokeh telah digunakan untuk mengambil gambar dengan komposisi shape. Tujuannya adalah untuk menonjolkan kesan kedalaman tangan dan bunga dalam foto. Pengaturan shutter speed, ISO dan apperture yang sesuai telah digunakan apabila mengambil gambar bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Sebaliknya, teknik siluet telah digunakan untuk mengambil gambar dengan komposisi form bagi menonjolkan outline objek utama. Pengaturan shutter speed telah ditinggikan dengan ISO yang rendah dan apperture yang sesuai apabila mengambil gambar bagi mendapatkan garisan subjek yang jelas.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 6:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Komposisi - Pattern


Pattern merujuk kepada pengulangan shape, garis dan warna sebagai tumpuan. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan pengambilan gambar dari perspektif yang berlainan untuk menguasai komposisi pattern dalam fotografi. 

Speed     : 1/90 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/4.8
Speed     : 1/90 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/4.8





Speed     : 1/350 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/350 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Apresiasi :
Shutter speed yang rendah dengan ISO yang tinggi dan apperture f/4.8 telah digunakan apabila mengambil gambar di dalam rumah bagi mendapatkan subjek yang jelas dengan pencahayaan yang sesuai. Sebaliknya, shutter speed yang tinggi dengan ISO yang rendah dan apperture f/5.6 telah digunakan apabila mengambil gambar di luar rumah bagi mengelakkan overexposure. Selanjutnya, gambar dengan komposisi pattern telah diambil dari perspektif yang berlainan. Dengan ini, saya mendapati perspektif memainkan peranan yang sangat penting dalam menonjolkan komposisi pattern secara optimum.
 
Lokasi     :  Rumah
Cuaca      :  Petang pukul 5:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  18/2/2021

Khamis, 18 Februari 2021

Komposisi - Rule of Thirds


Rule of thirds adalah komposisi fotografi dengan meletakkan objek pada grid 9 petak di titik persilangan garis menegak dan melintang hujung kanan atau kiri. Selepas mempelajari komposisi tersebut, amali telah dijalankan bagi menguasai komposisi tersebut dengan mantap.



 

Apresiasi :
Gambar pertama telah diambil dengan meletakkan objek pada grid 9 petak di titik persilangan garisan hujung kanan. Sebaliknya, gambar kedua telah diambil dengan meletakkan objek di hujung kiri dengan komposisi rule of thirds. Dengan komposisi tersebut, subjek dapat ditonjolkan dengan jelas dan menarik. Namun begitu, subjek yang hanya terletak pada satu titik point of interest hujung kiri seperti gambar kedua adalah lebih menarik tumpuan berbanding dengan gambar pertama. Ini kerana subjek gambar pertama terletak pada dua titik point of interest hujung kanan. 

Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Petang pukul 5:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa       :  18mm-55mm
Speed       :  1/90 sec
ISO            :  4000
Aperture :  f/5.6
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  17/2/2021

Komposisi - Leading Line


Hari ini saya telah mempelajari pengambilan gambar dengan komposisi leading line. Leading line merupakan garis yang membimbing mata kepada Point of Interest atau fokus utama dalam gambar. Amali telah dijalankan dengan leading line secara melintang dan menegak bagi menguasai komposisi tersebut. 

  Melintang
  Speed     : 1/1000 sec
  ISO          : 100
  Aperture : f/3.8
  Menegak
  Speed     : 1/125 sec
  ISO          : 125
  Aperture : f/4.2
Apresiasi :
ISO yang rendah telah digunakan untuk mengambil gambar bagi mengelakkan overexposure. Di samping, komposisi leading line telah ditonjolkan dengan jelas melalui garisan nyata yang kelihatan dalam foto. Jenis leading line juga dapat dikenal pasti melalui kekerapan garisan yang kelihatan dalam foto.
 
Lokasi     :  Pagar rumah
Cuaca      :  Petang pukul 3:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  17/2/2021

Rabu, 17 Februari 2021

Night Photography


Night photography adalah foto yang diambil pada malam. Dengan ini, amali telah dijalankan bagi melihatkan kesan gambar diambil pada waktu malam yang gelap.

Speed     : 1/750 sec
ISO          : 8000
Aperture : f/6.7

Apresiasi :
Gambar telah diambil untuk mercun sempena Tahun Baru Cina. Pengaturan shutter Speed yang tinggi telah digunakan untuk menangkap gambar pembekuan pergerakan cahaya mercun. Oleh sebab itu, gambar telah menjadi gelap maka ISO yang tinggi digunakan untuk menampung cahaya kepada hasil gambar. Gambar yang diambil dalam keadaan gelap kelihatan lebih dramatis.
 
Lokasi     :  Halaman rumah
Cuaca      :  Malam pukul 9:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  16/2/2021

Selasa, 16 Februari 2021

Teknik Panning


Hari ini saya telah mempelajari pengambilan gambar dengan Teknik Panning. Teknik Panning merupakan teknik untuk menghasilkan gambar yang membekukan pergerakan subjek dimana latar belakang kelihatan kabur. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan pengambilan gambar pada latar yang berlainan sebagai latihan untuk penguasaan Teknik Panning. 

Speed     : 1/30 sec
ISO          : 2000
Aperture : f/3.5
Speed     : 1/30 sec
ISO          : 1600
Aperture : f/3.5

Apresiasi :
Shutter Speed yang rendah 1/30 sec digunakan untuk mendapatkan subjek yang tajam. Hasil gambar dengan latar belakang yang ringkas menyebabkan pergerakan bus kurang ditonjolkan. Sebaliknya, latar belakang yang pelbagai menyebabkan hasil gambar lebih menarik dan pergerakan bus dapat dilihat dengan lebih jelas. Melalui latihan pengambilan gambar Teknik Panning, saya mendapati tubuh badan perlu diputarkan bersama kamera dengan kecepatan yang selaras dengan subjek supaya titik fokus selalu mengarah pada subjek.
 
Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Malam pukul 7:00pm
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Tidak
Tarikh     :  16/2/2021

Khamis, 4 Februari 2021

Shuttle Speed


Shuttle Speed akan menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Dengan ini, amali telah dijalankan dengan menggunakan shutter speed yang berlainan bagi mengenali pengaruh shutter speed terhadap hasil gambar. Tripod kamera juga digunakan bagi mengelakkan getaran kamera.


Speed     : 1/10 sec
ISO          : 100
Aperture : f/5.6


Speed     : 1/20 sec
ISO          : 160
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/30 sec
ISO          : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/45 sec
ISO         : 320
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/60 sec
ISO          : 400
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/90 sec
ISO          : 500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/125 sec
ISO          : 640
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/250 sec
ISO          : 800
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/1000 sec
ISO          : 2500
Aperture : f/5.6
Speed     : 1/2000 sec
ISO          : 4000
Aperture : f/5.6

Apresiasi :
Dengan Shutter Speed yang rendah (1/125 ke bawah), gambar yang dihasilkan kelihatan lebih terang walaupun dengan ISO yang rendah. Pergerakan air juga kelihatan mengalir dengan sangat cepat sehingga bentuknya kelihatan lembut dan halus. Sebaliknya, gambar yang dihasilkan dengan Shutter Speed yang tinggi (1/250 sec ke atas) kelihatan lebih gelap walaupun ISO yang tinggi disesuaikan. Di samping, pergerakan air kelihatan seperti membeku dimana bentuk aliran air dapat dilihat dengan jelas.
 
Lokasi     :  Halaman rumah
Cuaca      :  Cuaca yang panas terik pada siang hari 9:30am
Kamera   :  Nikon D5600
Lensa      :  18mm-55mm
Tripod     :  Ya
Tarikh     :  4/2/2021


Rabu, 3 Februari 2021

International Standard Organisation (ISO)


ISO merupakan kadar sensitiviti kamera digital pada cahaya. Gambar dengan ISO yang berlainan telah diambil pada siang hari berdekatan dengan tingkap tanpa tripod. Hasil gambar adalah seperti berikut.

ISO 160

ISO 320

ISO 640

ISO 1250

ISO 2500

ISO 5000

ISO 10000

Apresiasi :
Dengan ISO yang rendah, gambar yang dihasilkan kelihatan gelap kerana sensor kamera kurang peka dengan cahaya. Sebaliknya, gambar yang dihasilkan kelihatan terang dengan ISO yang tinggi kerana sensor kamera peka dengan cahaya. Justeru, ISO yang rendah lebih sesuai untuk mengambil gambar untuk outdoor yang lebih terang manakala ISO yang tinggi sesuai untuk gambar indoor. Namun, jurugambar hendaklah mencari keseimbangan ISO ketika pengambilan gambar kerana ISO yang terlalu rendah akan menyebabkan gambar underexposure manakala ISO yang terlalu tinggi akan menyebabkan gambar overexposure.
 
Lokasi     :  Bilik rumah
Cuaca      :  Cuaca panas terik pada siang hari 10:00am
Kamera   :  Nikon D5600
Aperture :  f/4.8
Speed      :  1/125 sec
Lensa      :  18mm-55mm
Tarikh     :  3/2/2021

Aperture


Aperture adalah bukaan diafragma pada lensa kamera. Ia berperanan untuk membawa cahaya sampai ke sensor kamera. Dengan ini, gambar telah diambil terhadap makanan dengan aperture yang berlainan bagi mengenali aperture terhadap hasil gambar dengan lebih mendalam.

 

Aperture : f/4.2

Bukaan lubang aperture yang besar. Maka, gambar kelihatan terang tetapi tidak overexposure. Latar gambar juga kelihatan sangat kabur dan menyebabkan objek di hadapan menjadi fokus utama.

Aperture : f/5.6

Bukaan aperture yang kecil daripada f/4.2 dimana gambar kelihatan terang. Di samping, latar gambar kelihatan sedikit kabur dan fokus kepada objek di hadapan dimana dapat lihat bentuk objek latar dengan jelas. 

Aperture : f/11

Bukaan aperture yang kecil daripada f/4.2 dan f/5.6. Maka, gambar kelihatan kurang terang. Namun, latar gambar kelihatan jelas dimana dapat mengenal pasti objek latar dengan betul.

Aperture : f/27

Bukaan aperture yang kecil daripada gambar di atas. Maka, gambar kelihatan sangat gelap seperti underexposure. Namun, latar gambar kelihatan sangat jelas dimana dapat mengenal pasti objek latar dengan tepat.


Lokasi : Dapur rumah
Cuaca : Cuaca panas terik pada tengahari 12:00pm
Kamera : Nikon D5600
Speed : 1/12 sec
ISO : 500
Lensa : 18mm-55mm
Tarikh : 2/2/2021

Khamis, 28 Januari 2021

Teknik Memfokus


Gambar telah diambil terhadap majalah Persatuan Bahasa Cina IPG Kampus Ipoh (Man Yuan) dan hadiah daripada ahli keluarga sejak melanjutkan pengajian di IPG Kampus Ipoh. Tujuan gambar tersebut diambil adalah untuk mengenangi detik-detik kehidupan yang penting ke arah alam dewasa.

Teknik memfokus dengan viewfinder.

         

Teknik memfokus dengan LCD Preview Monitor.

   

ISO : 800
Aperture : f/8
Focal Length : 29mm
Exposure time : 1/60 sec
Tarikh : 28/1/2021

Rabu, 27 Januari 2021

White Balance


Gambar dengan keseimbangan warna putih (white balance) iaitu color temperature dalam unit Kelvin (K) yang pelbagai. Gambar yang diambil menunjukkan persaingan yang sengit antara dua kumpulan di situasi yang harmoni secara adil.

Auto White Balance / AWB (3000K - 8000K)
Kamera mengesan temperature dari sumber cahaya secara automatik dan diaplikasikan pada gambar.

Incandescent (3000K)
Kamera memberikan warna yang lebih biru dan menghasilkan effect dingin pada gambar.

Fluorescent (4000K - 4200K)
Kamera memberikan warna kebiruan dan menghasilkan effect dingin pada gambar.

Direct Sunlight (5200K)
Kamera memberikan warna sedikit kebiruan dan menghasilkan effect dingin pada gambar.

Flash (5400K)
Kamera memberikan komposisi sedikit kuning dan menghasilkan effect hangat pada gambar.

Cloudy (6000K)
Kamera memberikan komposisi kuning dan menghasilkan effect hangat pada gambar.

Shade (8000K)
Kamera memberikan komposisi yang lebih kuning dan menghasilkan effect teduh serta hangat pada gambar.

Preset Manual / PRE (2000K - 10000K)
Kamera mengesan temperature pada kertas putih dan diaplikasikan pada gambar.

ISO : 3200
Aperture : f/6.7
Focal Length : 48mm
Exposure time : 1/30 sec
Tarikh : 27/1/2021

Selasa, 19 Januari 2021